Friday 16 March 2012

Background "Wadah Cinta Solehah"



....Assalamualaikum

        Dengan rasa syukur yang tidak terhingga berkat taufik dan hidayah-Nya, akhirnya saya dapat memenuhkan permintaan lecturer saya Encik Zainol Abidin Ahmad untuk sign up blog bagi subjek Multimedia Journalism (ACJ 3043).

":ENCIK ZAINOL ABIDIN AHMAD"

     Blog title Wadah Cinta Solehah milik Norfazila Ismail or anfazal-kelantani.blogspot.com, matrix number 1091369. Majoring in Arabic Language and Communication.
Harapan saya semoga blog ini bukan sahaja untuk menjalankan tugas saya sebagai seorang mahasiswi malah, sedikit sebanyak dapat berkongsi ilmu dan  memberi manfaat kepada semua pembaca.
Tiada yang lebih bermakna selain daripada kepuasan pembaca meneguk manisnya ilmu yang terkandung dari blog yang dipersembahkan. Biarpun ia harus melalui ruang waktu yang panjang malah, tidak sesekali mematahkan semangat dan ia akan tetap bernilai.


Friday 24 February 2012

'UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA'

     Banyak cerita suka duka, pahit manis yang saya kira tak terungkap dalam kamus hidup manusia. Dengan peredaran usia yang pantas dan dengan pusingan masa yang terbatas, pastinya meninggalkan warna-warna yang tersendiri dalam kotak kehidupan.... 
     Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.Segalanya pantas. Tak terjangkau dek masa.
     "Dunia ini bak mawar menguntum, bila luruh kelopaknya, tiadalah yang indahnya, yang tinggal hanya duri dan batang yang kering. Namun dengan siraman air dan baja yang mencukupi, pasti kuntuman mawar berputik kembali".
      Analong ini membuatkan saya tersenyum senang dan mengingatkan saya pada teman-teman. Moga ukhwah kita berkekalan dan diredhai Allah.

Tiada yang lebih BERNILAI melainkan sebuah PERSAHABATAN




Sedetik BERSAMA mencipta KENANGAN